Khamis, 1 Disember 2016

Jenis kulit muka

Kulit merupakan organ yang meliputi kawasan terbesar pada badan. Kulit yang paling nipis ialah di bahagian muka,kelopak mata dan bibir,manakala kulit yang paling tebal terdapat di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Kulit yang sihat biasanya lembap,gebu,mempunyai sifat asid lemah dan tiada mempunyai sebarang tanda atau penyakit kulit. Tekstur kulit yang halus dan licin menyerikan warna kulit. Jom kita tengok kulit muka kita dalam kategori yang mana???

Ada 4 jenis kulit muka.

1. Kulit normal

💆 Kemerah-merahan dan berseri
💆 Tidak berkilat dan tidak pudar
💆 Pejal
💆 Bertekstur halus
💆 Tidak bertanda
💆 Cerah dan segar

2. Kulit Berminyak

💆 Liang terbuka
💆 Pucat dan tidak menarik
💆 Mudah bertanda atau berbintik-bintik  dan di tumbuhi jerawat
💆 Kelihatan berkilat
💆 Permulaan kulit berminyak

3. Kulit kering

💆 Mengelupas dan boleh terdapat kelemumur dibahagian kening
💆 Sensitif terhadap tindak balas dan rasa gatal
💆 Permulaan kulit merekah
💆 Mudah berkedut dan kedut terjadi lebih awal daripada sepatutnya
💆 Selepas di cuci, kulit akan terasa tegang dan mengembang

4. Kulit kombinasi

💆 Berminyak di kawasan ' T zone ' ( dahi, hidung, dagu )
💆 Pipi kering
💆 Kelihatan berminyak pada keseluruhannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan